Rabu, Mac 21, 2012

10 jenis solat yg tidak diterima ALLAH...

ASSALAMUALAIKUM w.b.t...
entri Qoi kali nih kisahnye sal solat2 yg ta diterima ALLAH...
spt yg dimaklum la kan...kite berkongsi la ape.2 yg ..
berkongsi ilmu dan insyaALLAH bersama.2 mengamalkannya...

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." 

Rasulullah S.A.W juga telah bersabda: "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T.:

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (tidak bertaubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hasan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

maka sesunggunhnya...amal.2kan lah perkara kebaikan...
akhir kata utk kali ni...wassalam...v(^___^)V

Khamis, Mac 08, 2012

...selamat hari wanita sedunia!!!!...



assalamualaikum w.b.t....
...sempena hari wanita sedunia ni....Qoi nak Aok mer dengo la eh...ni lagu projek pistol....
bukan dorang wat projek jual pistol ke hape ker...
tp ni name band dorang ni...hehehe
...so last but not least...
happy women worldwide day...ahakz....
#betul ke dak omputeh Qoi nih...=.=''''
akhir kata..wassalam....!!><

Rabu, Mac 07, 2012

...syukur itu penambah nikmat...



assalamualaikum warrahmatullah hiwabarokatuh..... 
selamat pagi....gud morning...
di pagi2 yg amat cerah dan elok cuaca ni...Qoi ade la terbace satu artikel...dan tetibe Qoi nk post ler kat cni...hehehehe ni terjumpa kat facebook sbnrnye...
hehehe....
dari seorg kwn Qoi yg sgt Qoi syg2 bliau...dy dok share la sal artikel ni kt FB tuh....
saje Qoi nak kongsikan bersame2 Aok mer!!!hahahaha
so...bace dan hayati la yer...
..Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14 : 7).
Terima Kasih! Ucapan paling mudah dan kerap kita lafazkan setiap hari apabila menerima pemberian daripada orang lain berupa hadiah, sedekah, perkhidmatan, pertolongan atau sekadar budi bahasa dan senyuman. Bayangkan sekiranya pemberian yang sekecil ini daripada hamba yang lemah seperti kita pun kita hargai, bagaimana pemberian yang lebih besar?
Udara yang kita hirup, air yang kita minum, makanan yang kita makan, adalah sebahagian kecil nikmat anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya. Kita mungkin tidak menyedari segala pemberian ini kerana menikmatinya terlalu lama sejak dilahirkan sehingga kini.
Namun kita hanya merasai besarnya nikmat ini selepas kehilangannya. Justeru itu sudah sewajarnya kita yang menerima segala kemudahan yang tidak terbatas ini mengucapkan terima kasih kepada Allah s.w.t.
Tidak Syukur Membawa kepada Kufur
Bersyukur atau berterima kasih kepada Allah adalah kewajipan seorang Mukmin. Malah Allah menjanjikan ganjaran bagi mereka yang mensyukuriNya dan mengancam mereka yang ingkar. Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.:
"Siapa yang tidak bersyukur dengan benda yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan benda yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab." (Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad pada bab Awal Musnad Ahli Kufah: Baki Hadis al-Nu'man bin Basyir r.a.)

Syukur Pelaris Rezeki
Bagi berterima kasih kepada manusia kita mungkin terpaksa memberikan habuan tertentu sebagai balasan, tetapi sebaliknya dengan Allah. Ini kerana Allah tidak berhajat kepada manusia untuk mengucapkan syukur sebagaimana firmannya:

Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah".(Surah al-Naml 27 : 40)

Sebaliknya orang yang bersyukur dengan nikmat pemberiannya ditambahkan lagi dengan kurniaan yang lain berlipat kali ganda. Firman Allah:ٌ
Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras." (Surah Ibrahim 14 : 7)
Nikmat Allah Hendaklah Diperlihatkan
Selain itu, segala nikmat pemberian Allah hendaklah disebut-sebutkan dan dihebahkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah, bukan untuk bermengah-mengah. Misalnya, apabila mendapat cahaya mata atau berkahwin digalakkan membuat jamuan kenduri kesyukuran secara sederhana untuk meraikan nikmat Allah ini.
Firman Allah: Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (Surah Dhuha 93 : 11)
dan akhir kta...ni dari iluvislam.com....hehehe...wassalam...senyum selalu...=)

soLAt's tIMe...

miNe sAmMy yOUng...

Daisypath Friendship tickers